Perlindungan Pelan Takaful Kemalangan Bernilai RM100 Ribu Untuk Pengguna BESTmobile

Assalamualaikum w.w


Sebagai pengguna simkad BESTMobile, anda bertuah sebenarnya.

Sebabnya, anda akan memperolehi perlindungan takaful bernilai RM100,000 secara PERCUMA sahaja apabila anda menggunakan simkad BESTMobile ini.

Syaratnya?

Mudah sahaja.

Anda hanya perlu pastikan simkad anda kekal aktif sepanjang tempoh anda menggunakan simkad BESTMobile ini.





Dalam catatan pada kali ini, saya akan kongsikan sedikit kupasan mengenai pelan perlindungan takaful ini. Saya harap anda dapat baca dengan teliti. Anggaplah seperti informasi tentang perlindungan takaful ini adalah info yang paling penting sepanjang hidup anda menggunakan handphone!

Saya pasti, tak ada lagi syarikat Telco yang menghadiahkan pelan perlindungan takaful kepada para penggunanya. Betul tak?




Bagaimana Insurans Kemalangan Peribadi (PA) Takaful berfungsi di BESTMobile?

Setiap kali anda topup kredit handphone anda, anda akan memperoleh 1 point yang dikenali sebagai Topup Point.

Ringkasnya TP.

Untuk setiap RM1 yang anda belanjakan untuk membeli kredit, anda akan memperoleh 1 TP.

Bagi melayakkan anda mendapat perlindungan takaful, anda perlulah topup sebanyak RM180 bagi mendapatkan 180 TP.

Ini bermakna, syarat untuk anda layak dapat perlindungan takaful ialah perlu topup RM180 bagi mencukupkan TP sebanyak 180 TP.

Ok?

Jelas ya?

Ringkasnya, anda perlu ada 180 TP untuk dapatkan perlindungan takaful.

.

..

Anda tak perlu topup secara lump sum atau one shot sebanyak RM180 untuk kumpul 180 TP

Sekiranya penggunaan bil telefon anda hanyalah RM30 setiap bulan, anda boleh kekalkan kadar penggunaan sedia ada.

Tak perlu kelam kabut untuk topup RM180 sekaligus. Sebabnya, apabila anda maintain topup RM30 macam biasa setiap bulan, pada bulan keenam, penggunaan topup anda akan mencecah RM180.

Pada waktu ini, akaun BESTMobile anda dah pun cukup terkumpul 180 TP.




Dalam masa 30 hari (atau kurang daripada itu) untuk proses submit maklumat anda ke takaful, pelan perlindungan anda akan bermula.

Anda hanya perlu memastikan simkad BESTMobile anda masih lagi kekal aktif untuk memastikan perlindungan takaful masih berjalan.

Tak ada sebarang minimum topup yang anda perlu maintain.

Sebagai contoh, sesetengah syarikat meletakkan syarat supaya perlu maintain topup satu amaun tertentu, jika ingin memastikan perlindungan masih diteruskan.

Jika pengguna topup kurang daripada amaun yang ditetapkan, perlindungan akan dibatalkan dan pengguna perlu bermula semula dengan mengekalkan jumlah topup yang ditetapkan, kemudian selepas hari yang ke 61 barulah perlindungan bermula.

Kat BESTMobile ni, selepas perlindungan bermula, anda boleh topup berapa-berapa pun yang anda suka, asalkan simkad masih lagi aktif.

Hebat Bukan?? hehehe




Andaikan kredit anda dah expired, tetapi simkad anda masih aktif

Anda masih ada masa selama 45 hari sebelum simkad anda expired.

Pada waktu ini, phone anda masih lagi boleh terima call, dan SMS cuma anda tak boleh buat panggilan keluar. Selepas 45 hari, barulah simkad anda akan expired sepenuhnya.

Pada waktu ini pun sebenarnya perlindungan takaful anda masih lagi berjalan. Sebabnya, hanya kredit anda sahaja yang expired, bukannya simkad BESTMobile anda.

Selagi simkad BESTMobile anda masih lagi aktif, selagi itu perlindungan takaful masih lagi aktif





Siapa yang perlukan perlindungan takaful dari BESTMobile ni?

Sekarang anda dah tahu, bagaimana perlindungan takaful ni berfungsi.

Siapa pula yang sesuai untuk dapatkan perlindungan takaful ni?



1. Penunggang Motosikal

Ya.

Penunggang motosikal turut dilindungi oleh pelan perlindungan takaful ini.

Jadi, mereka-mereka yang menjadikan motosikal sebagai kenderaan utama, anda sangatlah sesuai untuk dapatkan perlindungan ini. Hanya perlu tukar simkad anda kepada simkad BESTMobile.

Dapatkan perlindungan takaful secara PERCUMA disini.

.

Siapa lagi yang perlukan perlindungan takaful bernilai RM100 ribu percuma ni?

Tanya pada diri anda.

Adakah anda dah ada takaful? Mahukah anda dapatkan perlindungan takaful tanpa perlu menambahkan komitmen kewangan anda dengan mencarum dalam polisi yang anda sendiri tak mampu nak carum?

Anda sendiri lebih tahu.

Mungkin anda juga adalah salah seorang yang perlukan perlindungan ini.

Mudah sahaja, hanya perlu jadikan BESTMobile sebagai salah satu line telco anda dan anda akan dilindungi oleh pelan perlindungan insurans kemalangan PA Takaful bernilai RM100 ribu.


  Jangan Lepaskan Peluang Ini !!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

sila komen di sini

Powered by Blogger.